Driver Tidur v/s Driver Samseng
Arinie aku ditugaskan membuat liputan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-6 PAS Kelana Jaya..9.00 pagi dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Huh! Ini bermakna kena pagi opis awal walaupun TIME KERJA dah bertukar MASUK KUL 10.00 PAGI..sebabnya..
1.coz tak brape familiar dgn SS15 Subang Jaya..
2.semalam offday,so x tau ape yg berlaku kat dunia nie..
3. excited nak cover Hadi Awang coz tak pernah cover die secara rasmi..
Arinie ruper2nya tak ade reporter lain selain aku, so..nak tak nak aku kene jolok die..klu tak masak..takde berita ar..
Rini: Ape komen datuk dgn Kabinet Baru pilihan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak?
Hadi: Tunggu dan Lihat!!!!
Rini: Ape datuk yang datuk lihat?? Adakah ia menggambarkan kehendak grass root yang mahu pemimpin bebas kuropsi dll? Bla..bla..bla..
Hadi: Tunggu dan lihat.
Rini: Hah! (bengang!)
Hadi: Mereka baru angkat sumpah! Belum buat kerja..nanti kita lihat ar..tak tahu ape yang tersirat..
Rini: Kesimpulannya, ape yang datuk lihat??
Hadi: Hanya driver jer tukar. Dulu driver mengantuk dan tidur sekarang driver samseng jalanan..
Rini:**
Pengalaman pertama kali secara rasmi cover HADI AWANG...hmm..jawab hanya sepatah sahaja..tapi penuh makne..tapi nak goreng story tue tuhan saje yang tahu..
Belum habis aku stress pk nak tulis story ape balik opis nie..aku dikejutkan di depan mata, kereta NAZA Sorento WSE **** yang dinaiki HADI AWANG telah melanggar sebuah kereta Mercedes milik lelaki Cina..
Betapa ‘gagahnya’ kereta tue, tapi kalau drivenyer cuai, mengatuk dan samseng jalan raya..hancur gek kereta..
Tetibe plak teringat kat kereta sendiri yang sering menjadi mangse ‘SAGAT dan CALAR’ yang tak sengaja dilakukan oleh aku..
Paling dahsyat, aku penah langgar terowong nak masuk “KAMPUNG PANJANG SARI’ hingga sport Rim kereta tue KOPAK....
Labels: politik'ing...
05 April 2008
Hari ini ari Libur…
tetapi pada seorang wartawan, tidak ada ertinya ari libur..
bekerja pada Minggu ini seumpama wartawan yang ‘lumpuh’tidak bergerak disebabkan kurang asignment..
Kurang kos minyak kereta bertambahlah bil telefon…
Di opis kami hanya menggerakkan tangan mendail no telefon ‘mangse’yg selalunya sukar dihubungi terutama hari Libur..
Situasi yang tidak pelik ini mmg biasa bila adenye Pilihan raya kecil..semua nak tertumpu dikawasan tersebut..hmm…
Pada ari ini, aku ditugaskan untuk Follow up Presiden PPP mengenai dakwaan Anwar Ibrahim seramai 6,000 ahli PPP LOMPAT PARTI diketuai oleh Naib Presiden PPP.
Lega bila berjaya menghubungi Presiden PPP, Datuk Kayveas..
Dari perbualan kami hampir 30 minit (sehingga didakwa bergayut), aku dpt merasakan perasaan kesal dan kecewa darinya walaupun beliau menafikan dgn mengatakan “Tindakan mereka tidak memberi kesan kepada parti”.
Katanya, jumlah 6,000 adalah gimik politik semata-mata.
Labels: politik'ing...


