~ SABAR MENANTI ~

~TIPS KURUS TANPA UBAT~

Tip kuruskan badan tanpa ubat Tue May 22, 2007
Ada tips skit:
 
 " Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."

Tomoi, Taiping & Fuel RM6..


Rindunya nak Ngeblog...Sudah lama saya biarkan blog ini SEPI..
Bukan tiada story yang best2 untuk Share...BUT kekangan waktu & sekatan PBB di Opis.. Ditambah dengan Musim Parlimen vs Pilihanraya Hulu Selangor... 

Anyway...mungkin ada story2 basi yang akan dimuatkan di blog ini akan datang..
Walaupun basi jika dinilai melalui tarikh BUT masih segar dihati & akan ditulis untuk tatapan hari mendatang...

Berbalik pd title di atas...TOMOI, TAIPING & FUEL RM6...terjadi pada 21 April lalu....iaitu OFFDAY saya.

Kami berempat = SUZIEY, FER, ASRI, SAYA ke Taiping untuk melihat MUOY THAI INTERNATIONAL...Sebenarnya accompanies SUZIEY (reporter Sport) buat liputan sukan TOMOI..



( me :-) & suziey...1 time jejak Taiping..signboard Zoo Taiping kt balakng tue bukti kami sampai Taiping..( poyo jer)





Memang banyak dugaan journey kami kali ini...Dimulakan dengan hujan sepanjang Shah Alam ke Taiping...
Hujan renyai2 - hujan biasa - hujan lebat..Di Highway saja sudah ada lebih 3 kemalangan..

Nasib baik selamat sampai atas pemanduan cermat SUZIEY + dengar CD Raihan..(He3!!)
1st time sampai Taiping...sempat jugakk ambil pic kenang- kenangan di Taman Tasik Taiping..



 ( kami3 @ Taman Tasik Taiping...time nie hujan renyai2..masing2 muka tired)



Event buat kat TAIPING CENTRE ( shopping complex) ..Saya sanggatt suka..sebab saya mmg tidak minta sukan..apatah lagi menonton sambil berdiri..




(D' Winner from Msia)
 ( D'winner wit Bernard Radin)
Awal2 lagi saya sudah tarik diri dari menontot TOMOI sampai habis..Lebih baik cuci mata window shopping..



 ( Pe'tomoi' Thailand...gugur time 1 round Final..takut sgt time snap pic nie..takut die bg sebijik kat saye)

Saya cuma sempat menonton time FINAL ROUND..Malaysia VS Thailand..rupa2nya best juga tengok TOMOI nie..(RUGI TAK TGK DR AWAL)

 ( tired face...@ gelanggang TOMOI..)

HUREEYYYY! Malaysia menang...berbaloi2..dapat tali pinggang apa ntah..takut jugak bila THAILAND kena belasah time 1 round lagi..l 



                   ( Suziey wit Fer ( reporter sport utusan Malaysia)

After EVENT...part yg paling saya SUKA..dpt voucher KARAOKE FREE 1 HOUR..



So, lepas gian berkaraoke..tapi kali nie lain skit sbb slalu berkaraoke dgn org yang berumur..nie dgn mmber rock..

Saya tetap dengan lagu LAYANNNNZZZ ..Favourite lagu WANN ( mentang2 suara serak basah) 

Bila nak layan lagu SAHARA dr INDONESIA..kene jadi BAHAN plak dgn budak2 nie..start dr hari nie dah kana panggil SAHARA plak..he3!! 

Sudah kul 12.30 mlm..need balik Shah Alam ..Esok kerja...Dianggarkan journey cuma 2 jam je..tp jadi hampir 5 jam...Kenapa??? TUNGGUUU!!!


~A WORD A DAY~

A woman has strength that amazes men.  

*
*
*
*
 * 
She can handle trouble and carry heavy burdens. 
She holds happiness, loves and opinions. 
She could even smiles when she feels like dying inside. 
She sings when she feels like to cry. 
She cries when she is happy and laugh when she is afraid.

*LET JOGGING*

Today is public holiday becoz Maulidur rasul…but I’m lucky coz my offday is always held on public holiday..

No profer activity today walaupun my luvly fiancĂ©e pun cuti..hmmm…end of the month actually..dah sengkek + keadaan cuace yang sangatlah panas…even nak drive dlm kete berecon pun akan pedih mata..

Hmm..myBB call nak dtg jumpe…even mlm td we all dah having’ dinner together…so, I decide ajak pegi jogging je ar.

 
         penat2..nasib nak hujan..


Activity Jogging nie time I blajar kat UM dulu mmg kitorg suker sgt…boleh dikatakan every weekend seawal pagi myBB dh dtg pick utk kami pegi Jogging di Taman Tasik Titiwangsa or Taman Jaya, PJ

 


Tapi..bile I dh start keje n tersangatlah susah kami nak cuti sama & myBB pun dah keje tempat lain, aktiviti tue semakin dilupekan..hasilnye I bertambah chubby..(Hubby slalu tego..& wat mood I hilang teruss).

We all jogging at Taman Rekreasi Seksyen 7, actually tue dkt sgt dgn umah i…mmg bercite2 nak jogging kat situ..tapi sbb tak pnh try tak brani nak start sorg2.

So, after nie…as Azam 2010, I mesti jogging at lease sekali ar sebulan..hope dpt buat lebih..nak khwin nie, mesti ar slim skit..hu3!!

Pesanan Miss Louis: 

Berikut merupakan fakta tentang faedah-faedah berjogging...

Manfaat jangka pendek:

· Membantu meningkatkan daya tumpuan dan kepekaan
· Badan rasa lebih selesa
· Jadi lebih cergas dan bertenaga
· Memperbaiki emosi
· Mengurangkan tekanan


Manfaat jangka panjang:· Mengawal berat badan
· Mengekalkan kesihatan tulang, otot dan sendi
· Mengurangkan risiko sakit jantung, kencing manis, strok dan tekanan darah tinggi
· Melancarkan aliran darah
· Meningkatkan daya ketahanan badan


Kalau jalan2 window shopping pun kira macam berjoggging juga..he3!

Bersenam + Pemakanan seimbang + Pemikiran positive = tubuh badan yg ideal + sihat n wajah yang ceria + awet muda (^_^)

Jenazah Ketua Puteri Umno Bahagian Ampang, Haslinda Mohd. Zerain telah selamat dikebumikan sebelum solat Asar petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Ulu Kelan


Menurut Setiausaha Kerja Puteri Umno, Radin Seri Kartini Abdullah, Haslinda meninggal dunia akibat serangan jantung pukul 11.45 pagi tadi.

 
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya 


"Allahyarham meninggal dunia di rumah akibat sakit jantung. Bagi rakan-rakan yang ingin melawat jenazah boleh datang ke rumahnya sebelum Asar," katanya.


Jenazah Haslinda kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Ukay Kuala Lumpur untuk dimandi dan disembahyangkan.

Menyoroti sejarah pembabitannya dalam bidang politik, Haslinda, 36, pernah bertanding jawatan Naib Ketua Puteri Umno pada pemilihan parti Umno tahun lalu.

Bagaimanapun beliau tewas kepada Shahanim Mohamad Yusoff dalam pemilihan itu.
Jawatan terakhirnya dalam parti ialah dilantik sebagai Exco pergerakan berkenaan.

Perhimpunan Agung UMNO dari 24 hingga 28 Mac ini merupakan kali pertama melibatkan perebutan jawatan Naib Ketua Puteri UMNO yang menyaksikan pertandingan lima penjuru.

Beliau juga pernah bertanding pada pilihan raya umum tahun 2008, di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

Bagaimanapun, Haslinda mendapat 10,350 undi tewas kepada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali(11,731 undi) di kerusi berkenaan.
 
(**AL-FATIHAH, aku memuatkan berita ini dientry sebab aku pernah beberapa kali interview beliau) 

*FACEBOOK OH FACEBOOK*

Aku mempunyai beberapa pengalaman mengenai laman sosial yang popular pada masa ini..

Tanpa disedari aku telah dipantau oleh seseorang (mungkin beberapa orang) melalui Facebook dan perkara ini diakui oleh seorang kawanku..Segala post yang ditulis olehku dipantau dan dijadikan isu..dalam kata lain dijadikan bahan umpatan. aku tak kacau orang, kenapa orang nak kacau hidup aku..(sudah diremove )

Aku telah meremove beberapa friend dari senarai facebook bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. (minta maaf byk2, remove friend dlm facebook tidak bermakna anda bukan kawan saya)

Aku sudah dapat detect beberapa orang yang telah meremove aku daripada senarai friendnya..(ada aku kesah!)

Conclusionnya..Facebook ada pro dan kontranya ..mungkin mengeratkan silaturahim..mungkin menjarakkan lagi silaturahim.. 

Tiada guna melepaskan geram di Facebook, menghina , memaki hamun..walaupun ditujukan kepada orang lain, mungkin ada yang terasa. Mungkin orang yang tidak berdosa juga turut disalah ertikan dan dituduh bermacam2.. 

Facebook Oh Facebook..

Older Posts