BuMi PadaNg v/s GeMpA Bumi


Jalan raya di Padang


View kota Padang dari Hotel Ambacang..


"PADANG 4 Okt - Sebuah lubang besar telah digali di tanah Perkuburan awam Tunggul Hitam di Padang untuk mengebumikan 11 mayat yang tidak dapat dikenalpasti daripada runtuhan Hotel Ambacang, sebuah hotel popular dengan masakan pedas dan bumbung melengkung...

Sekurang-kurangnya lima perkampungan dipercayai tertimbus di bawah lumpur dan batu. Di satu kawasan, tanah runtuh telah membenamkan seluruh penduduk yang sedang menghadiri satu majlis perkahwinan.

Di kampung Pariaman sahaja dianggarkan kira-kira 600 orang mati. Sebuah menara setinggi 20 meter di salah sebuah kampung turut tertimbus sama sekali.
Menteri Kesihatan Indonesia, Siti Fadilla Supari menganggarkan angka kematian mencecah 3,000 orang.

Kini, ancaman penyakit menimbulkan kebimbangan terutamanya di bandar Padang, di mana bau mayat reput menyelubungi udara di sekitar bangunan- bangunan yang musnah.

****Aku terkedu membaca laporan akhbar di atas, dan tetiba teringat akan kenalan yang bekerja di Hotel Ambacang semasa diberi kesempatan melawat negara jiran itu Jun lalu..

Apakah nasib mereka,,,adakah mereka masih idup...Ya Allah..
Jika mereka masih idup, ALHAMDULILAH namun jika sebaliknya semoga Allah tempatkan roh mereka di kalangan orang yang beriman...AMINN...



Aku, Kak Marlia dan Priya bersama PR Hotel Ambacang (berkemeja biru berdiri di belakang)




Kami (media Malaysia) bersama Pak Saraji Ali (General Manager) The Ambacang Hotel.
Abg Joe (Bernama), Jason,Shahrin, K.Marlia (RTM), Man (RTM), Ros (BernamaTV),Priya (The Star), Fatin & Mahilis (Firefly),Abg Arab (BernamaTV)..

Pada entri ini, aku tergerak untuk menulis dengan lebih panjang mengenai bumi Padang, Sumatera Barat.

Kejadian gempa bumi yang berlaku di negara itu lebih membuatkan aku tersentuh, terkedu dan mengingatkanku kekuasaan dan kebesaraanNYA.

Selain tempat2 yang ranap ditelan bumi itu pernah aku jejaki lima bulan lalu, rakyat Indonesia juga mempunyai banyak persamaan dengan orang Melayu di Malaysia.

Namun, bagaimanakah jika musibah ini menimpa Malaysia. Adakah kita sebagai rakyatnya bersedia dari segi rohani dan jasmani?.

Mungkin penduduk Sumatera telah bersedia untuk menghadapi dugaan ini memandangkan muka buminya dibenteng beberapa Gunung berapi Hidup yang tidak diketahui bilakah akan meletuskan isi perutnya.

Menjejaki kami kali pertama ke sana, aku begitu respect dgn sikap pemandu yang sentiasa bertolak ansur. Menyedari kerajaan tidak mempunyai peruntukan menyediakan kemudahan jalan raya yang sempurna mungkin dapat melahirkan pemandu yang berhemah dan bertolak ansur..

Melalui jalan yang sempit dari kota Padang menuju Bukit Tinggi, memaksaku sentiasa menutup mata ketautan apabila bas yang kunaiki cuba memotong kenderaan di hadapannya sedangkan jalan bertentangan ada kenderaan lain. Pemandu kkenderaan jalan bertentangan dilihat berhenti memberi laluan dan tersenyum.

Bagaimana jika situasi ini berada di Malaysia..mungkin akan berlaku drama maki hamun, jerit pekik dan bom hon bertubi-tubi memekakkan telinga.

Selain itu, apa yang menarik di bumi Sumatera ini adalah budaya dan cara hidup rakyatnya yang sederhana dan seimbang antara keperluan duniawi dan akhirat.

Apa yang menarik ialah kelihatan bilangan musollah agak banyak di sebuah kelompok kawasan rumah.

Menurut pemandu pelancong kami, selain dijadikan sebagai rumah ibadat, musollah ini juga dijadikan sebagai asrama kepada anak bujang yang sudah meningkat baligh.

Sebagaimana diberitahu, anak-anak remaja lelaki yang meningkat dewasa tidak dibenarkan tinggal lagi bersama dengan ibu bapa mereka sebaliknya tinggal di musollah untuk melengkapkan diri dengan ilmu agama atau berhijrah mencari rezeki.

Apa yang menarik di Sumatera, bilangan anak dara (anak perempuan) di dalam sesebuah keluarga dapat diketahui berdasarkan bilangan bilik yang ada pada sesebuah rumah. Jika rumahnya mempunyai lima bilik, bermakna mempunyai lima orang anak dara. Apabila berkahwin, lelaki akan tinggal di rumah isterinya bersama mertuanya.

Keistimewaannya, setelah seorang lelaki berkahwin, keluarga belah isteri akan memanggil suami dengan nama yang lain yang lebih tinggi darjatnya. Berlainan dengan nama gelarannya sewaktu dia kecil.

Inilah kehalusan adat Minangkabau yang dipegang oleh rakyat Sumatera. Apabila ibu mertua mula memanggil namanya dengan nama gelarannya sewaktu kecil, atau nama lain..itu bererti ada yang tidak kena dengan rumah tangganya dan si suami berhak pulang ke pangkuan keluarganya.

Ini bererti keluarga si isteri tidak lagi mengiktirafnya atau dengan kata lain, si isteri memohon diceraikan..








0 comments:

Newer Post Older Post Home